06 March 2011

GOL PERTAMA SAFEE SALI DI PELITA JAYA

TERKINI - Bekas pemain kebangsaan Safee Sali yang kini sedang beraksi bagi kumpulan Pelita Jaya telah berjaya menyumbatkan satu jaringan pada minit ke-63 dalam satu pertandingan antara Pelita Jaya melawan SriWijaya . Jaringan tersebut juga merupakan jaringan kemenangan buat Pelita Jaya. Setinggi-tinggi ucapan tahniah di ucapkan atas kejayaan ini. 


      Mari kita saksikan jaringan yang dilakukan oleh Safee Sali:





Labels:

30 December 2010

PM istihar cuti kepada semua rakyat Malaysia.

29/12/2010 sempena kemenangan pasukan Kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010, Perdana Menteri Malaysia
Datuk Seri Majib Razak telah mengistiharkan bahawa 31/12/2010 adalah cuti umum bagi semua rakyat Malaysia. selamat bercuti kawan2.. ehehe.


PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama selepas menang dengan agregat 4-2 ke atas Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Labels:

29 December 2010

MASALAH DAN PENYELESAIAN dot2.. ehhe





korang ingat lagi kan kes laser yang digembar-gemburkan rakyat indonesia sebagai punca kekalahan pasukan bola mereka tu kan. tapi kenyataan itu telah dapat disanggah oleh Malaysia lengkap dengan bukti yang teramat kukuh bahawa sebenarnya mereka yang memulakan dulu insiden laser ini.




Jadi mungkin yang berlaku di Stadium Bukit Jalil itu adalah..... malas nak sambung.. haha itu semua satu kemungkinan.. ni ade lagi satu gambar bukti yang kukuh menunjukkan pemain Malaysia pun kene pancaran leser tu.. sabar je la




so secara beraninya, Malaysia telah menemukan satu cara untuk menangani masalah pancaran laser ni.. ni cadangan je.. hak2. meh tengok.. hehe



ha amacam smart x?? yess.. so ape lg, jom kita sokong Malaysia semoga berjaya untuk menang.. aminnn

Labels:

27 December 2010

BERITA TERGEMPAR: GARUDA DI CAKAR HARIMAU..





selamat berjuang kepada semua pemain Malaysia... dapatkan lagi 2 jaringan untuk mengembalikan kekecewaan kita sebelum ini... NGAUMANMU TETAP KAMI BANGGAKAN...

Labels:

22 December 2010

MALAYSIA TERUSKAN NGAUMAN MU


Panglima-panglima Harimau kita:

1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2. Sharbinee Allawee (Terengganu)
3. Mahalli Jasuli (Harimau Muda)
4. Mohd Razman Roslan (Selangor)
5. Mohd Sabre Mat Abu (Kedah)
6. Khairul Helmi Johari (Kedah)
7. Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda)
8. Mohammad Muslim Ahmad (Harimau Muda)
9. Mohd Asrarudin Putra (Selangor)
10. Mohd Faizal Mohammad (Harimau Muda)
11. Mohd Amri Yahyah (Selangor)
12. Amar Rohidan (Perlis)
13. Safiq Rahim (Selangor)
14. Kunanlan Subramaniam (Negri Sembilan)
15. Mohd Ashaari Samsudin (Terengganu)
16. Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
17. Gurusamy Govandar Kandasamy (Harimau Muda)
18. Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor)
19. Safee Sali (Selangor)
20. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
21. Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda
22. Mohd Faizal Abu Bakar (Kedah)


semoga anda semua teruskan usaha dan membawa kebanggaan kepada kami semua..

Labels:

17 December 2010

ANDA JANGAN LUPA DIRI


PUJIAN melangit serta hamparan permaidani merah kini terbentang luas buat skuad kebangsaan selepas kelompok pemain muda bimbingan ketua jurulatih K Rajagobal itu membenam cabaran juara bertahan, Vietnam pada separuh akhir pertama kejohanan Piala Suzuki AFF 2010, malam kelmarin.

Banyak pihak kini sibuk bercakap mengenai barisan muda itu dan tidak kurang yang sudah mendabik dada mengatakan mereka turut terselit dalam pelbagai persiapan skuad kebangsaan dan apa yang didengar ketika ini semuanya indah belaka - satu senario biasa setiap kali Malaysia menang dalam mana-mana kejohanan.


Segala pujian itu memang layak diterima barisan pemain negara selepas mereka mempamer aksi cemerlang ketika menundukkan Vietnam di Stadium Nasional, malam kelmarin dan bekas pemain kebangsaan, Reduan Abdullah pantas mengingatkan pemain supaya tidak mudah lupa diri.

“Barisan pemain sekarang mempunyai masa depan yang cukup cerah. Saya dapat melihat kesungguhan dan semangat tinggi di wajah setiap pemain. Itu kelebihan mereka dan ia harus dikekalkan selama-lamanya.


“Sebagai bekas pemain, saya ingin menasihatkan mereka supaya tidak tenggelam dengan pujian yang dihamburkan kepada mereka dan mereka perlu terus berpijak di bumi nyata. Saya juga bangga dengan mereka tetapi apa yang saya takutkan ialah sekiranya mereka mudah lupa diri. Itulah perkara yang sangat saya takutkan.


“Saya bimbang kalau mereka leka dengan semua pujian itu, permainan mereka akan menurun dan sekali gus menjejaskan corak serta taktik yang dirancang. Sebagai orang muda, tidak mustahil mereka akan leka. Di sinilah letaknya kekuatan mental masing-masing.

“Ini hakikat hidup yang perlu diharungi semua pemain bola sepak. Kita akan dipuji apabila menang dan bakal menerima pelbagai kritikan termasuk kutukan kalau kita tewas. Itulah sebabnya saya berasa terpanggil untuk mengingatkan mereka supaya mengetepikan sementara semua pujian itu.


“Mereka mempunyai tugas yang penting di Vietnam dan tumpuan seharusnya di berikan di atas padang dan bukannya di dada-dada akhbar atau media lain. Kalau mereka leka, padah bakal menanti,” kata Reduan yang juga bekas jurulatih skuad Pulau Pinang.


petikan dari metro online..

Labels:

KEPUTUSAN INDONESIA VS FILIPINA


INDONESIA menceriakan 80,000 penyokongnya yang memenuhi Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta apabila menewaskan Filipina 1-0, malam tadi.

Jaringan tunggal pemain berasal dari Uruguay, Cristian Gonzales pada minit ke-32 membolehkan Indonesia membawa bekalan satu gol dan kelebihan gol di tempat lawan menjelang perlawanan separuh akhir kedua di stadium yang sama pada Ahad ini.


Pada perlawanan itu, Filipina bertindak tuan rumah selepas ketiadaan stadium di negara itu yang memenuhi kriteria ditetapkan namun anak-anak buah jurulatih Simon McMenemy seakan bermain di tempat sendiri apabila dilihat berupaya menyerap asakan Indonesia.

Malah mereka dihidangkan beberapa peluang menjaringkan gol termasuk percubaan di luar kotak penalti Phil Younghusband seawal minit ke-13 namun berjaya ditolak keluar penjaga gol Indonesia, Markus Rihihina.


Bersambung babak kedua, Filipina cuba menggandakan asakan untuk menjaringkan gol penyamaan namun gagal manakala Indonesia bertindak memasukkan Bambang Pamungkas untuk menggantikan Irfan Haarys Bachdim yang kurang berkesan bagi menguatkan jentera serangan.


Usaha jurulatih Indonesia, Alfred Riedl bagaimanapun gagal membuahkan hasil apabila tiada sebarang gol dapat dihasilkan melalui gandingan Bambang dan Gonzales.

Labels:

10 December 2010

600 000 ORANG MANGSA ROKOK...

Assalamualaikum kawan2..
Kure2 ade terbaca pasal artikel ni, sangat menyedihkan apabila ramai kanak2 menjadi mangsa kekejaman asap rokok ni.. jadi kepada sesiapa yang merokok tu silalah baca artikel ini..
_______________________________________________

PARIS 26 Nov. - Hampir 600,000 orang yang tidak merokok, dengan satu pertiga daripada mereka kanak-kanak, meninggal dunia setiap tahun akibat menyedut asap rokok daripada mereka yang mengamalkan tabiat itu. Angka itu diperolehi daripada kajian pertama yang diadakan di seluruh dunia mengenai kesan asap rokok ke atas golongan bukan perokok. Berlainan dengan penyakit 'gaya hidup' yang banyak berpunca daripada individu, mangsa yang dikenali sebagai perokok pasif itu menanggung daripada tabiat merosakkan kesihatan yang diamalkan oleh orang terutamanya ahli keluarga.


Di kalangan bukan perokok di seluruh dunia, 40 peratus kanak-kanak, 35 peratus wanita dan 33 peratus lelaki terdedah kepada asap rokok pada 2004, tahun terakhir di mana data boleh didapati di kesemua 192 negara yang terlibat dalam kajian itu. Apabila ditambah kepada 5.1 juta kematian melibatkan perokok aktif, jumlah kematian akibat amalan merokok bagi 2004 melebihi 5.7 juta orang di seluruh dunia, menurut kajian itu.


Hampir separuh daripada bilangan perokok pasif yang maut adalah wanita, manakala selebihnya terdiri daripada kanak-kanak dan lelaki dalam bilangan yang hampir sama, menurut kajian yang disiarkan hari ini dalam jurnal perubatan Britain, The Lancet. Kira-kira 60 peratus kematian itu disebabkan penyakit jantung, manakala 30 peratus lagi akibat jangkitan paru-paru, dan bakinya disebabkan asma dan kanser paru-paru.


Keseluruhannya, kematian akibat menjadi perokok pasif menyamai satu peratus daripada kematian di seluruh dunia pada 2004. Kematian orang dewasa akibat menyedut asap rokok orang lain adalah hampir sama di semua negara tidak kira negara miskin atau kaya.


Namun bagi kanak-kanak, kemiskinan menjadikan keadaan bertambah buruk, menurut kajian itu. Misalnya di Eropah yang berpendapatan tinggi, nisbah kematian orang dewasa berbanding kanak-kanak adalah sebanyak 35,388 berbanding 71. Nisbah di Afrika hampir terbalik iaitu 9,514 kematian orang dewasa berbanding 43,375 kematian kanak-kanak. - AFP

_______________________________________________
jadi ape pendapat anda? jika anda tetap ingin menghisap rokok, terpulanglah kepada anda. jangan sampai terkena kepada keluarga sendiri baru nak menyesal, pikir2 kan lah.

Labels:

14 May 2010

MALAYSIA VS CHINA

Wah hati aku sangat panas dan tertekan..
Malaysia kalah kepada China 0-3..
wah.. sedih betul..
habis harapan ku musnah..
dah la makan tak dapat.. kedai makan semua penuh..
dapat lak berita Malaysia kalah.. aduh..
sadis2..

apa-apa pun MALAYSIA BOLEH... Lain masa boleh cuba lagi...

Labels:

11 May 2010

BELIA PENCETUS PENGGERAK NEGARA.


Assalamualaikum diberi sebagai pembuka bicara. Salam sejahtera diberi sebagai pelengkap cerita. Terlebih dahulu sebelum saya memulakan cerita, suka saya merakamkan ucapan terimakasih kerana memberi peluang untuk saya blogger muda berbicara.


Tahukah kamu semua bahawa belia merupakan pemangkin kepada kemajuan Negara. Belia boleh di ibaratkan seperti tulang belakang sesebuah bangsa dan berperanan dalam membentuk kekuatan ummah. Belia adalah eset Negara yang paling bernilai.


Menurut Al-Ghazali: “JIKA KITA INGIN MELIHAT RUPA BENTUK DAN CORAK PERADABAN SESEBUAH NEGARA PADA MASA HADAPAN, MAKA LIHATLAH KEPADA GENERASI MUDA YANG ADA PADA HARI INI”.


Perumpamaan ini dapat ditafsirkan bahawa, kemajuan sesebuah Negara bergantung kepada siapa generasi muda pada masa ini. Atas kesedaran itu, kerajaan telah banyak menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi meningkatkan potensi belia di negara ini.


Oleh sebab itu, pada 14-16 mei 2010, akan berlangsunglah hari belia. Hari Belia ini yang bertemakan "Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Pembangunan Negara” akan diadakan di Putrajaya dimana acara kemuncak ialah pada 15 mei di Putrajaya International Convention Center (PICC) bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Terdapat pelbagai aktiviti dan program yang menarik sepanjang berlangsungnya event ini, seperti Karnival Jom Heboh, Kejohanan Paintball, PC Fair, Handphone Fair, Auto-show, X-Games, Drift Chalenge, Indie Band dan banyak lagi!!


Sempena Hari Belia Negara, pihak ITYM akan mengadakan satu pameran untuk bloggers. ITYM telah melancarkan contest 50 Creative Youth Blog dimana ITYM ingin mencari seramai mungkin blogger berdaftar dan 50 blog yang kreatif akan dipilih untuk menerima sijil penghargaan. Kesemua 50 blog yang terpilih ini akan diserahkan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai bukti pembabitan Bloggers dalam pembangunan Negara.

Diakhir kata saya, saya ingin menyelitkan kata-kata ini, "SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH YANG MEMBERI MANFAAT, YAKNI MEREKA YANG MEMBERI FAEDAH KEPADA ORANG LAIN" oleh itu saya berharap semoga semua bloggers dapat menjadi sesuatu yng berfaedah kepada orang lain.


sekian.

Labels: