ANDA JANGAN LUPA DIRI
PUJIAN melangit serta hamparan permaidani merah kini terbentang luas buat skuad kebangsaan selepas kelompok pemain muda bimbingan ketua jurulatih K Rajagobal itu membenam cabaran juara bertahan, Vietnam pada separuh akhir pertama kejohanan Piala Suzuki AFF 2010, malam kelmarin.
Banyak pihak kini sibuk bercakap mengenai barisan muda itu dan tidak kurang yang sudah mendabik dada mengatakan mereka turut terselit dalam pelbagai persiapan skuad kebangsaan dan apa yang didengar ketika ini semuanya indah belaka - satu senario biasa setiap kali Malaysia menang dalam mana-mana kejohanan.
Segala pujian itu memang layak diterima barisan pemain negara selepas mereka mempamer aksi cemerlang ketika menundukkan Vietnam di Stadium Nasional, malam kelmarin dan bekas pemain kebangsaan, Reduan Abdullah pantas mengingatkan pemain supaya tidak mudah lupa diri.
“Barisan pemain sekarang mempunyai masa depan yang cukup cerah. Saya dapat melihat kesungguhan dan semangat tinggi di wajah setiap pemain. Itu kelebihan mereka dan ia harus dikekalkan selama-lamanya.
“Sebagai bekas pemain, saya ingin menasihatkan mereka supaya tidak tenggelam dengan pujian yang dihamburkan kepada mereka dan mereka perlu terus berpijak di bumi nyata. Saya juga bangga dengan mereka tetapi apa yang saya takutkan ialah sekiranya mereka mudah lupa diri. Itulah perkara yang sangat saya takutkan.
“Saya bimbang kalau mereka leka dengan semua pujian itu, permainan mereka akan menurun dan sekali gus menjejaskan corak serta taktik yang dirancang. Sebagai orang muda, tidak mustahil mereka akan leka. Di sinilah letaknya kekuatan mental masing-masing.
“Ini hakikat hidup yang perlu diharungi semua pemain bola sepak. Kita akan dipuji apabila menang dan bakal menerima pelbagai kritikan termasuk kutukan kalau kita tewas. Itulah sebabnya saya berasa terpanggil untuk mengingatkan mereka supaya mengetepikan sementara semua pujian itu.
“Mereka mempunyai tugas yang penting di Vietnam dan tumpuan seharusnya di berikan di atas padang dan bukannya di dada-dada akhbar atau media lain. Kalau mereka leka, padah bakal menanti,” kata Reduan yang juga bekas jurulatih skuad Pulau Pinang.
petikan dari metro online..
Labels: isu semasa
2 Comments:
insyaallah 26 tgok final bestnya
jom kita tgk same2.. turun ke 26 nt??
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home