17 December 2010

KEPUTUSAN INDONESIA VS FILIPINA


INDONESIA menceriakan 80,000 penyokongnya yang memenuhi Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta apabila menewaskan Filipina 1-0, malam tadi.

Jaringan tunggal pemain berasal dari Uruguay, Cristian Gonzales pada minit ke-32 membolehkan Indonesia membawa bekalan satu gol dan kelebihan gol di tempat lawan menjelang perlawanan separuh akhir kedua di stadium yang sama pada Ahad ini.


Pada perlawanan itu, Filipina bertindak tuan rumah selepas ketiadaan stadium di negara itu yang memenuhi kriteria ditetapkan namun anak-anak buah jurulatih Simon McMenemy seakan bermain di tempat sendiri apabila dilihat berupaya menyerap asakan Indonesia.

Malah mereka dihidangkan beberapa peluang menjaringkan gol termasuk percubaan di luar kotak penalti Phil Younghusband seawal minit ke-13 namun berjaya ditolak keluar penjaga gol Indonesia, Markus Rihihina.


Bersambung babak kedua, Filipina cuba menggandakan asakan untuk menjaringkan gol penyamaan namun gagal manakala Indonesia bertindak memasukkan Bambang Pamungkas untuk menggantikan Irfan Haarys Bachdim yang kurang berkesan bagi menguatkan jentera serangan.


Usaha jurulatih Indonesia, Alfred Riedl bagaimanapun gagal membuahkan hasil apabila tiada sebarang gol dapat dihasilkan melalui gandingan Bambang dan Gonzales.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home