BELIA PENCETUS PENGGERAK NEGARA.
Assalamualaikum diberi sebagai pembuka bicara. Salam sejahtera diberi sebagai pelengkap cerita. Terlebih dahulu sebelum saya memulakan cerita, suka saya merakamkan ucapan terimakasih kerana memberi peluang untuk saya blogger muda berbicara.
Tahukah kamu semua bahawa belia merupakan pemangkin kepada kemajuan Negara. Belia boleh di ibaratkan seperti tulang belakang sesebuah bangsa dan berperanan dalam membentuk kekuatan ummah. Belia adalah eset Negara yang paling bernilai.
Menurut Al-Ghazali: “JIKA KITA INGIN MELIHAT RUPA BENTUK DAN CORAK PERADABAN SESEBUAH NEGARA PADA MASA HADAPAN, MAKA LIHATLAH KEPADA GENERASI MUDA YANG ADA PADA HARI INI”.
Perumpamaan ini dapat ditafsirkan bahawa, kemajuan sesebuah Negara bergantung kepada siapa generasi muda pada masa ini. Atas kesedaran itu, kerajaan telah banyak menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi meningkatkan potensi belia di negara ini.
Oleh sebab itu, pada 14-16 mei 2010, akan berlangsunglah hari belia. Hari Belia ini yang bertemakan "Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Pembangunan Negara” akan diadakan di Putrajaya dimana acara kemuncak ialah pada 15 mei di Putrajaya International Convention Center (PICC) bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Terdapat pelbagai aktiviti dan program yang menarik sepanjang berlangsungnya event ini, seperti Karnival Jom Heboh, Kejohanan Paintball, PC Fair, Handphone Fair, Auto-show, X-Games, Drift Chalenge, Indie Band dan banyak lagi!!
Sempena Hari Belia Negara, pihak ITYM akan mengadakan satu pameran untuk bloggers. ITYM telah melancarkan contest 50 Creative Youth Blog dimana ITYM ingin mencari seramai mungkin blogger berdaftar dan 50 blog yang kreatif akan dipilih untuk menerima sijil penghargaan. Kesemua 50 blog yang terpilih ini akan diserahkan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai bukti pembabitan Bloggers dalam pembangunan Negara.
Diakhir kata saya, saya ingin menyelitkan kata-kata ini, "SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH YANG MEMBERI MANFAAT, YAKNI MEREKA YANG MEMBERI FAEDAH KEPADA ORANG LAIN" oleh itu saya berharap semoga semua bloggers dapat menjadi sesuatu yng berfaedah kepada orang lain.
sekian.
Labels: isu semasa
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home