09 September 2011

What You Give, You Get Back

Assalamualaikum.....
"What You Give, You Get Back", itu lah tajuk entri hari ini..
Sebenarnya hari ini kure2 nak kongsi apa yang kure2 bace pagi tadi..
Seronok ada gak bila kure2 baca sebuah artikel dari Sinar Harian yang bertajuk "Iraq Berlakon". Ape Iraq Berlakon?? la rupanya pasal bola.. Singapura telah dimalukan oleh pasukan dari Iraq dengan taktik mereka sendiri. Haha kenapa kure2 cakap macam tu?? korang ingat tak masa Singapura menentang Malaysia dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan di Stadium Bukit Jalil?? Korang yang minat bola ni tau la apa yang pemain Singapura buat masa perlawanan tu kan.. Haa sekarang mereka dah kena balik. haha.. 
Kat bawah ni ada artikelnya,

PENYERANG Singapura, Aleksandar Duric kecewa pasukannya tewas dan menyelar sikap Iraq yang melengah-lengahkan masa, selepas mendahului perlawanan 2-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Radojko Avramovic, terperosok ke tangga tercorot Kumpulan A, sekali gus muncul sebagai pasukan tunggal yang gagal mengutip sebarang mata.

Kekalahan terbaru itu, muncul selepas The Lions tewas 1-2 pada perlawanan pertama Kumpulan A, menentang China, minggu lalu.

“Ini merupakan taktik biasa yang diamalkan pasukan dari Timur Tengah.

“Bila berjaya mendahului lawan, akan ada sahaja pemain mereka yang cedera dan tergolek di atas padang,” katanya.

Bagaimanapun, ketidakpuasan hati pemain berasal dari Bosnia itu, bagaikan terkena batang hidung sendiri kerana mereka juga mengamalkan taktik yang sama ketika bertemu Malaysia pada pusingan kedua kelayakan di Bukit Jalil, Julai lalu.

Kelmarin, anak buah Zico mempamerkan semangat juang tinggi menundukkan Singapura 2-0 menerusi jaringan Ala’a Abdulzehra pada minit ke-49 dan Younis Mahmoud lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan.


Haha apa-apa pun kita tak boleh nak cakap apa la kan.. tu semua satu taktik permainan.. haha tapi memang terbaik lah.. "What You Give, You Get Back".. haha

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home