07 September 2011

Bab 1: Pengenalan Latihan Industri [Kure2 seludup]

Assalamualaikum semua. Dah lama agaknya Kure2 tak kongsi maklumat mengenai report final kan. Hari ni Kure2 nak kongsi sedikit contoh roport final. Report kali ni Kure2 dapat dari seorang kawan kat sini gak. So tak salah rasanya kalau Kure2 nak kongsi kan dengan semua. Kali ni Kure2 akan bagi mengenai Pengenalan dahulu. Mungkin report ni tak da la baik sangat. Tapi kalau sekadar untuk dijadikan panduan rasanya tak salah.. hehe. Baik lah kat bawah ni contoh Pengenalan Latihan Industrinya.
Pengenalan Latihan Industri

            Latihan industri ini merupakan salah satu daripda perkara yang wajib dilaksanakan oleh setiap pelajar politeknik di seluruh Malaysia sebelum layak dianugerahkan sijil mahupun diploma. Pelajar yang mengikuti kursus peringkat sijil akan menjalani latihan industri pada semesta ketiga, manakala bagi pelajar yang mengikuti kursus peringkat diploma akan menjalani latihan industri pada semesta keempat.


            Penekanan terhadap profesionalisme di Negara ini semakin dititik beratkan di dalam semua bidang termasuk bidang pendidikan. Para pemimpin Negara telah menyarankan berbagai harapan dan menghulurkan perbelanjaan yang lebih, dalam bidang pendidikan untuk memajukan rakyat Malaysia agar dapat mencapai tahap Negara maju menjelang tahun 2020.


            Pelajar akan sitempatkan di jabatan kerajaan mahupun swasta selama tempoh satu semesta atau lebih tepat selama 5 bulan. Para pelajar boleh memilih sendiri syarikat untuk membuat latihan industri ataupun pihak politeknik sendiri yang menentukan di mana tempat yang sesuai untuk pelajar tersebut bagi menjalani latihan industri berdasarkan kursus yang diambil oleh pelajar tersebut. Selain itu , para pelajar dikehendaki menyediakan sebuah buku log ( buku laporan harian )yang perlu diperiksa atau ditandatangani oleh pegawai yang menyelia di tempat latihan industri tersebut pada setiap 2 minggu.


            Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan mendaftar masuk pada semesta berikutnya. Pelajar juga perlu mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh firma. Jika terdapat sebarang masalah disiplin, firma berkenaan berhak menyingkirkan pelajar tersebut dan pelajar berkenan dikira gagal dalam latihan industri. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan industri pada semesta berikutnya.


            Melalui latihan industri ini setiap pelajar akan didedahkan dengan sistem pengurusan syarikat itu, baik dari segi pergaulan, berkomunikasi dengan kakitangan, dan sebagainya. Cara ini dapat membantu matlamat politeknik untuk melahirkan graduan yang berkalber, berkualiti dan berpotensi untuk kegunaan sebagai sumber tenaga manusia bagi membagunkan Negara Malaysia ini.


Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa latihan latihan industri banyak memberi faedah bukan saja untuk para pelajarnya, dan kakitangan firma berkenaan, malah setiap lapisan masyarakat dan seterusnya kepada negara dalam usaha melahirkan generasi muda yang berwawasan.
p/s: jangan tiru bulat-bulat dah la.. haha.. )

Labels:

6 Comments:

At September 7, 2011 at 4:13 PM , Blogger Urzain Hussain said...

latihan industri ni macam best..
have to join it..:)

 
At September 7, 2011 at 4:22 PM , Blogger civil kawan(kure2) said...

haha.. dah tamat pun.. sangat seronok.. lagi2 dapat elaun.. haha

 
At October 14, 2012 at 10:45 PM , Anonymous Anonymous said...

tak semua tmpt LI best...kalo dpt tmpt yg mcm aq dpt..menangis tak blagu nanti doh...hahahah
sabau je laa...lg 2 bulan nk abis daa...

 
At July 18, 2013 at 9:13 AM , Anonymous Anonymous said...

Bro ada contoh log book tak..?
den pening doh nk tulis log book tu..bukan apa hari2 buat bende yg sma je..dh tu dua perkara je aku buat hari2..boleh ke bro..

 
At July 18, 2013 at 9:29 AM , Anonymous Anonymous said...

Bro nk report and log book utk 1st day pon jd la nk tgk contoh mcm mna korg tulis log book..

email at :
gengsafety@yahoo.com

 
At September 2, 2013 at 9:54 AM , Blogger Unknown said...

bro, nk contoh buku log ni boleh x?
sent dkt e-mel ni :)
anisamir@rocketmail.com

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home