20 August 2011

Lelaki VS Wanita


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca. Harap sihat-sihat sahaja hendaknya. Hari ini Kure2 ingin berkongsi serba sedikit mengenai perbezaan lelaki dan wanita dari segi tanggungan dosa. Mungkin ada sebahagian daripada pembaca-pembaca yang sudah mengetahui mengenai perkara ini. Apa tidaknya, rasa-rasa hampir semua pernah bersekolah agama. Walau bagai manapun, Kure2 merasa terpanggil untuk memberitahu lagi. Lagipun kan memang sudah tanggungjawab Kure2 sebagai Islam menasihati saudara-saudara yang seagama dengan Kure2. Kembali kepada tajuk asal, ada beberapa perbezaan tanggungan dosa antara lelaki dan wanita.
Seorang lelaki yang sudah baligh perlu menanggung dosanya sendiri manakala seorang wanita walaupun sudah baligh, dosanya masih ditanggung oleh Bapanya. Lelaki berkahwin perlu  menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Hukum menjelaskan bahawa, seorang anak lelaki perlu bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya ibunya tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka dosa itu ditanggung oleh anak lelaki terutama yang paling tua. Berbeza pula bagi wanita, mereka hanya perlu taat kepada suaminya. Jika seorang isteri berbuat baik, dia akan mendapat pahalanya, manakala jika mereka melakukan kemungkaran dosa itu akan dikongsi bersama suaminya.  Suami perlu memberi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa.. =P).  Mesti anda semua terutama lelaki merasakan seperti berat sebelah kan.


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu. =)

Bagi wanita auratnya merupakan anggota yang paling sudah untuk dijaga berbanding lelaki. Selain itu, seorang isteri perlulah meminta izin dengan suaminya apabila ingin keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Harta pusaka yang dimiliki juga lebih kurang berbanding lelaki. Selain itu, wanita juga perlu menghadapi kesusahan mengandung selama sembilan bulan 10 hari dan juga kepayahan sisaat melahirkan kita. Itu baru seorang anak, kalau ade 10 anak?? Berapa kali dia terpaksa menempuh perkara yang sama (ada lelaki sanggup nak pikul selama sembilan bulan 10 hari tu??  Tak de nya.. hehe). Seorang wanita juga perlulah taat kepada suami tetapi suami tidak perlu taat kepada isteri. Talak juga terletak ditangan suami dan bukan si isteri.

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi  bagi lelaki wajib baginya taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya .. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata..


MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
Bergitu lah serba sedikit perkongsian dari Kure2. =) Untung kan menjadi manusia dan khalifah di muka bumi ini. Semuanya dipandang mulia oleh Allah tidak kira wanita atau lelaki.. Kure2 sudahi dengan Wasalam..

Labels:

4 Comments:

At August 20, 2011 at 10:52 AM , Blogger Fadzlin Basir said...

berul tu..masing de tanggungjawab di akhirat nanti :)

 
At August 20, 2011 at 11:35 AM , Blogger civil kawan(kure2) said...

hehe.. betul2.. thank sbb sudi bace..

 
At August 24, 2011 at 11:47 AM , Anonymous Anonymous said...

betol betol. jadi wanita ni byk kelebihannye :))

 
At August 24, 2011 at 12:04 PM , Blogger civil kawan(kure2) said...

diannorhayati : hehe betul2.. =)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home