09 August 2011

[Kenali Tokoh Kita] Dato Onn Jaafar

Assalamualaikum kepada semua sahabat blogger sekalian. Hari ini Kure2 ingin berkongsi serba sedikit mengenai sejarah. Hari ini Kure2 akan berkongsi serba sedikit mengenai Dato Onn Jaafar( biase la kan Kure2 dulu blajar dekat SMK Dato Onn, so cmfm la Kure2 cerita mengenai dia dulu.. ehehe).

Dato Onn Jaafar dilahirkan pada tanggal 12 Februari 1895. Beliau merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 oktober 1946 tetapi tiga tahun kemudian, beliau meletak jawatan untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.

Beliau merupakan anak jati Negeri Johor. Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru. Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad iaitu Menteri Besar Johor yang pertama. Beliau merupakan salah seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannyadi England. Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun. Pada 1934, beliau menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.
Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNOPersekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu. berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan

Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.

Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959
dengan bantuan parti PAS.
Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari1962Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. dan dikebumikan di

Bergitulah serba sedikit kisah mengenai seorang tokoh kebangsaan yang sehingga kini tetap dikenang walaupun setelah ketiadaannya lagi.. Dengan semangat juang ini jugalah yang membawa kita kepada kemerdekaan pada masa sekarang. Semoga rohnya dicucuhi rahmat. Amin.................

Labels:

4 Comments:

At August 10, 2011 at 8:10 AM , Blogger lynda salim said...

buku teks sejarah ;p
*blog fad ada captcha . orang susah komen ty .


: manusia makan rambut.

 
At August 10, 2011 at 1:54 PM , Blogger civil kawan(kure2) said...

captcha?? kat mane?? mcm man nak ilangkan???

 
At August 10, 2011 at 2:06 PM , Blogger lynda salim said...

yeay . dah takde ;p

 
At August 10, 2011 at 3:40 PM , Blogger civil kawan(kure2) said...

=)
thank

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home