Kami Sanggup Buat Apa Sahaja Demi Cinta.. Kure2 tidak percaya..
Kami sanggup buat apa sahaja demi cinta?? wah hebat remaja sekarang kan. Banyak perkara-perkara mungkar dilakukan. banyak insan yang tidak berdosa dibunuh.. Jom ramai-ramai saksikan video ini. Kepada yang tidak kuat semangat boleh tutup sebab video ini 18SG.. Saksikan:
Hukum Pengguguran Janin Anak Luar Nikah
- Pendapat ulama terdahulu:
a. Mazhab Maliki
- Penguguran adalah diharamkan jika dilakukan selepas ditiupkan roh ke atas janin tersebut.
- Berdasarkan pendapat al-Imam Khurasyi dan lain-lain ulama Malikiyah mengharamkan secara mutlak pengguguran janin walaupun sebelum 40 hari yang pertama di dalam rahim.Inilah pendapat muktamad di dalam mazhab Maliki.
b. Mazhab Syafei
- Para ulama bermazhab Syafei bersepakat mengatakan bahawa pengguguran adalah diharamkan jika dilakukan selepas ditiupkan roh ke atas janin tersebut.
- Manakala jika sebelum ditiupkan roh sebahagian ulama Syafieyah membenarkan pengguguran dilakukan.Ini berdasarkan pendapat Imam Qarafi.Imam al-Ghazali juga membahaskan tentang perkara ini tetapi tidak menjelaskan sama ada ianya haram atau tidak.
- Imam al-Ramli dan Syeikh Sulaiman Jamal mengatakan harus dilakukan pengguguran jika sebelum ditiupkan roh.Manakala Imam Subki meletakkan bahawa harus digugurkan jika janin yang berada di dalam rahim tersebut belum melebihi 80 hari.
2. Pendapat Ulama Semasa:
Menurut Dr. Misbah Mutawalli Sayyid Hammad(pensyarah Fiqh Perbandingan Universiti Al-Azhar):Tidak terdapat seorang pun di kalangan ulama semasa yang bersetuju bahawa janin anak zina dibenarkan untuk dilakukan pengguguran.Antara ulama yang berpendapat sedemikian adalah seperti Dr.Abdul Fattah Idris dan Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti.Bahkan mereka menegaskan bahawa sepatutnya para ulama melarang perkara seperti ini berlaku.
Di antara doktor perubatan yang menyokong pendapat ini ialah Dr. Hassan Huthut dan Dr. Muhammad Ali al-Bar.
Antara dalil yang digunakan oleh para ulama yang mengharamkan perkara ini ialah:
i. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Najm ayat 38,maksudnya:
“Bahawasanya seseorang yang berdosa tidak akan menanggung dosa orang lain“
Ayat ini menerangkan bahawa seseorang itu tidak akan menanggung dosa perbuatan orang lain.Menurut Dr.Muhammad Said Ramadhan al-Buti:”Kita mengetahui dengan jelas bahawa tujuan sebenar pengguguran ini dilakukan oleh penzina adalah semata-mata untuk mengelakkan dirinya dicemuh masyarakat terhadap dosa yang dilakukan olehnya”
Maka ini jelas menunjukkan bahawa perkara ini diharamkan.Seolah-olah janin yang tidak bersalah tersebut turut terlibat sama di dalam dosa yang dilakukan oleh penzina terbabit.
ii. Berdasarkan hadis wanita yang berzina pada zaman baginda nabi s.a.w.Hadis tersebut diriwayatkan di dalam Sahih Muslim pada bab hukuman zina.Kesimpulan yang dapat kita ambil daripada hadis ini ialah jika benar pengguguran janin anak zina dibenarkan oleh syarak,maka tentulah banginda nabi s.a.w. akan mengarahkan wanita tersebut untuk menggugurkan kandungannya.Hadis tersebut juga menjelaskan bahawa wajib menjaga kandungan tersebut sehingga dilahirkan dan disusukan selama 2 tahun.
Kesimpulan:
Kesimpulan yang dapat kita lakukan berdasarkan dua pendapat di atas ialah haram melakukan pengguguran terhadap anak luar nikah.Dalil-dalil yang digunakan oleh para ulama semasa lebih jelas dan kuat berkenaan pengharaman perkara ini.Maka para pengamal perubatan perlu mengambil perhatian tentang perkara ini.
sumber Hukum Pengguguran Janin Anak Luar Nikah: http://drmarzuki.wordpress.com/
Labels: agama
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home