14 September 2011

#3 WORDLESS WEDNESDAY [WW]

Assalamualaikum...
Wahh hari ini hujan sejuknya..
Biasanya masa-masa macam ni best buat ape ye??
Ha tengok ni


haha ape kata?? WW day

Labels:

12 September 2011

Header Baru.. Minta Comment

Assalamualaikum..
Hari ini kure2 nak mintak tolong korang comment antara Header dan Backgroud lama dengan Header dan Background baru, mana yang lagi ok..

Ni yang lama :

Ni yang baru:

Atau pun nak kene tukar lagi?? comment pls

Labels:

09 September 2011

What You Give, You Get Back

Assalamualaikum.....
"What You Give, You Get Back", itu lah tajuk entri hari ini..
Sebenarnya hari ini kure2 nak kongsi apa yang kure2 bace pagi tadi..
Seronok ada gak bila kure2 baca sebuah artikel dari Sinar Harian yang bertajuk "Iraq Berlakon". Ape Iraq Berlakon?? la rupanya pasal bola.. Singapura telah dimalukan oleh pasukan dari Iraq dengan taktik mereka sendiri. Haha kenapa kure2 cakap macam tu?? korang ingat tak masa Singapura menentang Malaysia dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan di Stadium Bukit Jalil?? Korang yang minat bola ni tau la apa yang pemain Singapura buat masa perlawanan tu kan.. Haa sekarang mereka dah kena balik. haha.. 
Kat bawah ni ada artikelnya,

PENYERANG Singapura, Aleksandar Duric kecewa pasukannya tewas dan menyelar sikap Iraq yang melengah-lengahkan masa, selepas mendahului perlawanan 2-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Radojko Avramovic, terperosok ke tangga tercorot Kumpulan A, sekali gus muncul sebagai pasukan tunggal yang gagal mengutip sebarang mata.

Kekalahan terbaru itu, muncul selepas The Lions tewas 1-2 pada perlawanan pertama Kumpulan A, menentang China, minggu lalu.

“Ini merupakan taktik biasa yang diamalkan pasukan dari Timur Tengah.

“Bila berjaya mendahului lawan, akan ada sahaja pemain mereka yang cedera dan tergolek di atas padang,” katanya.

Bagaimanapun, ketidakpuasan hati pemain berasal dari Bosnia itu, bagaikan terkena batang hidung sendiri kerana mereka juga mengamalkan taktik yang sama ketika bertemu Malaysia pada pusingan kedua kelayakan di Bukit Jalil, Julai lalu.

Kelmarin, anak buah Zico mempamerkan semangat juang tinggi menundukkan Singapura 2-0 menerusi jaringan Ala’a Abdulzehra pada minit ke-49 dan Younis Mahmoud lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan.


Haha apa-apa pun kita tak boleh nak cakap apa la kan.. tu semua satu taktik permainan.. haha tapi memang terbaik lah.. "What You Give, You Get Back".. haha

Labels:

07 September 2011

Sesi Temuramah

Assalamualaikum...
Hai semua, kali ni kure2 nak kongsi satu video ni.. Yang lepas kure2 da kongsi mengenai pergaduhan yang hanya disebabkan oleh milo dan teh kan.. kali ni kure2 nak tunjuk sesi temuramah bersama bintang terkenal pula.. Jom kita saksikan bersama-sama..


Ha amacam hebat tak?? jom comment apa kata korang..
p/s: kredit kepada faradyable

Labels:

Lagu Hits Ketika Zaman Kanak-kanak [cerita Kure2]

Assalamualaikum....
Hari ni Kure2 nak kongsi lagu kegemaran kure2 mase darjah 6 dulu, 
bersamaan dengan darjah 5 sekolah agama. 
Dulu kure2 kalau pegi sekolah, kure2 akan naik van. 
Selalu setiap petang (masa balik sekolah agama) lagu kegemaran kure2 ni la yang selalu berkumandang di stesen-stesen radio. 
Nak tau lagu ape??
ha jom layan lagu ni..


Haa best tak lagu ni??
antara korang semua mesti ada yang minat lagu ni gak kan.. jangan tipu, dosa tau haha...
Kepada korang semua, jom la kongsi lagu-lagu yang menjadi kenangan korang masa kecik-kecik dulu.. hehe
p/s: seronoknya lagu ni.. haha

Labels:

Bab 1: Pengenalan Latihan Industri [Kure2 seludup]

Assalamualaikum semua. Dah lama agaknya Kure2 tak kongsi maklumat mengenai report final kan. Hari ni Kure2 nak kongsi sedikit contoh roport final. Report kali ni Kure2 dapat dari seorang kawan kat sini gak. So tak salah rasanya kalau Kure2 nak kongsi kan dengan semua. Kali ni Kure2 akan bagi mengenai Pengenalan dahulu. Mungkin report ni tak da la baik sangat. Tapi kalau sekadar untuk dijadikan panduan rasanya tak salah.. hehe. Baik lah kat bawah ni contoh Pengenalan Latihan Industrinya.
Pengenalan Latihan Industri

            Latihan industri ini merupakan salah satu daripda perkara yang wajib dilaksanakan oleh setiap pelajar politeknik di seluruh Malaysia sebelum layak dianugerahkan sijil mahupun diploma. Pelajar yang mengikuti kursus peringkat sijil akan menjalani latihan industri pada semesta ketiga, manakala bagi pelajar yang mengikuti kursus peringkat diploma akan menjalani latihan industri pada semesta keempat.


            Penekanan terhadap profesionalisme di Negara ini semakin dititik beratkan di dalam semua bidang termasuk bidang pendidikan. Para pemimpin Negara telah menyarankan berbagai harapan dan menghulurkan perbelanjaan yang lebih, dalam bidang pendidikan untuk memajukan rakyat Malaysia agar dapat mencapai tahap Negara maju menjelang tahun 2020.


            Pelajar akan sitempatkan di jabatan kerajaan mahupun swasta selama tempoh satu semesta atau lebih tepat selama 5 bulan. Para pelajar boleh memilih sendiri syarikat untuk membuat latihan industri ataupun pihak politeknik sendiri yang menentukan di mana tempat yang sesuai untuk pelajar tersebut bagi menjalani latihan industri berdasarkan kursus yang diambil oleh pelajar tersebut. Selain itu , para pelajar dikehendaki menyediakan sebuah buku log ( buku laporan harian )yang perlu diperiksa atau ditandatangani oleh pegawai yang menyelia di tempat latihan industri tersebut pada setiap 2 minggu.


            Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan mendaftar masuk pada semesta berikutnya. Pelajar juga perlu mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh firma. Jika terdapat sebarang masalah disiplin, firma berkenaan berhak menyingkirkan pelajar tersebut dan pelajar berkenan dikira gagal dalam latihan industri. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan industri pada semesta berikutnya.


            Melalui latihan industri ini setiap pelajar akan didedahkan dengan sistem pengurusan syarikat itu, baik dari segi pergaulan, berkomunikasi dengan kakitangan, dan sebagainya. Cara ini dapat membantu matlamat politeknik untuk melahirkan graduan yang berkalber, berkualiti dan berpotensi untuk kegunaan sebagai sumber tenaga manusia bagi membagunkan Negara Malaysia ini.


Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa latihan latihan industri banyak memberi faedah bukan saja untuk para pelajarnya, dan kakitangan firma berkenaan, malah setiap lapisan masyarakat dan seterusnya kepada negara dalam usaha melahirkan generasi muda yang berwawasan.
p/s: jangan tiru bulat-bulat dah la.. haha.. )

Labels:

#2 WORDLESS WEDNESDAY [WW]

Assalamualaikum.. yeh rabu ke 2.. jom cerita apa yang anda fikirkan mengenai gambar ini.. comment banyak2.. kita kongsi sama2..


Wordless Wednesday.. Hari memberi gambar tampa bercerita.. ahaha..

Labels:

06 September 2011

[Perjumpaan Bekas Zamrud 2008] Beraya Bersama Sahabat Lama.

Assalamualaikum semua.
Dah lama kan Kure2 tak update blog Kure2 ni.
Sebenarnya Kure2 berada di kampung. So faham-faham je lah, kat kampung mana lah nak dapat internet sangat kan.
Kembali kepada cerita asal, hari ini Kure2 nak kongsi dengan korang semua gambar-gambar raya Kure2 bersama kawan-kawan lama.
Walaupun kami hanya dapat beraya satu hari je, tapi perjumpaan ini sangat meriah dan serba sedikit merapatkan lagi hubungan antara kami semua. Kure2 sangat-sangat berterima kasih kepada semua kawan-kawan yang dapat memeriahkan majlis beraya kita kali ni. Semoga persahabatan yang telah kita bina sekian lama akan kekal hingga ke hujung nyawa. Kepada yang tak dapat ikut tu Kure2 faham, mugkin kamu semua sibuk dengan hal masing-masing. Tanggungjawab kan yang utama.
Ha ni serba sedikit gambar-gambar tersebut.












Haha amacam ada yang terpikat tak kat diorang ni?? kalau ada meh bagi tau.. mana tau ada yang solo lagi leh Kure2 tolong.. hehe.. 
Sekali lagi Kure2 atau saya Mohd Fadzli Affandey mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memeriahkan majlis kita ini, dan disini juga saya memohon maaf zahir dan batin kepada semua sahabat2 saya tak kira lah yang kenal hanya dalam alam maya sahaja dan juga yang saya kenal dari kecil lagi. Lagi satu, mungkin majlis kita ini tak akan dijalankan lagi. Lepas 5 tahun baru kita akan mula balik(5 tahun masa untuk rehat dan merindu-rinduan.. hehe) . Masa tu baru boleh tengok sapa yang dah kawin dan beranak pinak.. haha.. Akhir kata, selamat hari raya..

Labels: