PM istihar cuti kepada semua rakyat Malaysia.
29/12/2010 sempena kemenangan pasukan Kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010, Perdana Menteri Malaysia

Labels: isu semasa
29/12/2010 sempena kemenangan pasukan Kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010, Perdana Menteri Malaysia
Labels: isu semasa
Labels: isu semasa
saya amat teruja bila tengok gambar2 ni, sungguh besar kebesaran dan kehebatan pencipta kita ni kan.. mule2 tengok rase agak geli la(macam da xnak makan telur ayam lagi.. hahha) tapi bile da banyak kali tengok da ok da lak.. kepada korang semua sila la tengok k. da fikir2 kan betapa besarnya kuasa pencipta kita... (kat cini banyak gambar je la kawan2. hehe)
Labels: lain-lain
kepada yang suke chat guna fb.. meh try guna cara ni..
Labels: tutorial
Labels: isu semasa
Labels: lain-lain
Labels: isu semasa
PUJIAN melangit serta hamparan permaidani merah kini terbentang luas buat skuad kebangsaan selepas kelompok pemain muda bimbingan ketua jurulatih K Rajagobal itu membenam cabaran juara bertahan, Vietnam pada separuh akhir pertama kejohanan Piala Suzuki AFF 2010, malam kelmarin.
Banyak pihak kini sibuk bercakap mengenai barisan muda itu dan tidak kurang yang sudah mendabik dada mengatakan mereka turut terselit dalam pelbagai persiapan skuad kebangsaan dan apa yang didengar ketika ini semuanya indah belaka - satu senario biasa setiap kali Malaysia menang dalam mana-mana kejohanan.
Segala pujian itu memang layak diterima barisan pemain negara selepas mereka mempamer aksi cemerlang ketika menundukkan Vietnam di Stadium Nasional, malam kelmarin dan bekas pemain kebangsaan, Reduan Abdullah pantas mengingatkan pemain supaya tidak mudah lupa diri.
“Barisan pemain sekarang mempunyai masa depan yang cukup cerah. Saya dapat melihat kesungguhan dan semangat tinggi di wajah setiap pemain. Itu kelebihan mereka dan ia harus dikekalkan selama-lamanya.
“Sebagai bekas pemain, saya ingin menasihatkan mereka supaya tidak tenggelam dengan pujian yang dihamburkan kepada mereka dan mereka perlu terus berpijak di bumi nyata. Saya juga bangga dengan mereka tetapi apa yang saya takutkan ialah sekiranya mereka mudah lupa diri. Itulah perkara yang sangat saya takutkan.
“Saya bimbang kalau mereka leka dengan semua pujian itu, permainan mereka akan menurun dan sekali gus menjejaskan corak serta taktik yang dirancang. Sebagai orang muda, tidak mustahil mereka akan leka. Di sinilah letaknya kekuatan mental masing-masing.
“Ini hakikat hidup yang perlu diharungi semua pemain bola sepak. Kita akan dipuji apabila menang dan bakal menerima pelbagai kritikan termasuk kutukan kalau kita tewas. Itulah sebabnya saya berasa terpanggil untuk mengingatkan mereka supaya mengetepikan sementara semua pujian itu.
“Mereka mempunyai tugas yang penting di Vietnam dan tumpuan seharusnya di berikan di atas padang dan bukannya di dada-dada akhbar atau media lain. Kalau mereka leka, padah bakal menanti,” kata Reduan yang juga bekas jurulatih skuad Pulau Pinang.
petikan dari metro online..
Labels: isu semasa
INDONESIA menceriakan 80,000 penyokongnya yang memenuhi Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta apabila menewaskan Filipina 1-0, malam tadi.
Jaringan tunggal pemain berasal dari Uruguay, Cristian Gonzales pada minit ke-32 membolehkan Indonesia membawa bekalan satu gol dan kelebihan gol di tempat lawan menjelang perlawanan separuh akhir kedua di stadium yang sama pada Ahad ini.
Pada perlawanan itu, Filipina bertindak tuan rumah selepas ketiadaan stadium di negara itu yang memenuhi kriteria ditetapkan namun anak-anak buah jurulatih Simon McMenemy seakan bermain di tempat sendiri apabila dilihat berupaya menyerap asakan Indonesia.
Malah mereka dihidangkan beberapa peluang menjaringkan gol termasuk percubaan di luar kotak penalti Phil Younghusband seawal minit ke-13 namun berjaya ditolak keluar penjaga gol Indonesia, Markus Rihihina.
Bersambung babak kedua, Filipina cuba menggandakan asakan untuk menjaringkan gol penyamaan namun gagal manakala Indonesia bertindak memasukkan Bambang Pamungkas untuk menggantikan Irfan Haarys Bachdim yang kurang berkesan bagi menguatkan jentera serangan.
Usaha jurulatih Indonesia, Alfred Riedl bagaimanapun gagal membuahkan hasil apabila tiada sebarang gol dapat dihasilkan melalui gandingan Bambang dan Gonzales.
Labels: isu semasa
Assalamualaikum kawan2..
Labels: isu semasa