03 January 2012

C5011-Pengurusan Pembinaan "1"



Pengenalan

1.        Merupakan satu industri yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang melibatkan:
a.       Bangunan (rumah kediaman, hartanah,hotel dan sbgnya)
b.      Kejuruteraan awam(jalan raya, lebuh raya, jalan kereta api, jambatan dan sbgnya)
c.       Infrastruktur(perpaipan, jejambat, tandas awam dan sbgnya)

2.       Ciri-ciri projek:

a.       Rekabentuk tersendiri:
                                                   i.      Fungsi dan kegunaan yang berbeza
                                                 ii.      Dipengaruhi keadaan sekeliling
                                                iii.      Penonjolan identiti
                                               iv.      Setiap projek menggunakan pendekatan yang berbeza
                                                 v.      Faktor pengalaman
                                               vi.      Penggunaan bahan binaan, loji dan kemahiran yang berbeza.

b.      Saiz projek yang besar dan kompleks
                                                   i.      Modal besar
                                                 ii.      Bilangan jentera banyak
                                                iii.      Menggunakan pekerja yang ramai
                                               iv.      Menggunakan pekerja mahir, separa mahir dan kurang mahir
                                                 v.      Teknik, kaedah, teknologi yang berbeza
                                               vi.      Penglibatan badan perunding kerajaan
                                              vii.      Memerlukan tenaga pengurusan yang terlatih.

c.       Lokasi projek berlainan:
                                                   i.      Jarak lokasi dengan ibu pejabat mempengaruhi kos pengurusan
                                                 ii.      Pekerja yang terlibat didatangkan jauh dan meningkatkan kos
                                                iii.      Pemilihan lokasi menentukan pemilihan kontraktor, perunding dan pehak-pihak terbabit
                                               iv.      Pemilihan bekalan menentukan pemilihan kontraktor yang berkait rapat dengan kawasan sekitar.

d.      Kerja dilakukan secara terbuka dan bergantung kepada persekitaran.

e.      Mematuhi peraturan dan undang-undang.

Takrifan pengurusan

Ø   Dikemukakan oleh pakar berikut:
                                                   i.      Robert Kreitner (1983)
·         Pengurusan merupakan satu proses kerja dengan dan melalui orang lain bagi mencapai objektif organisasi secara berkesan dengan  menggunakan sumber-sumber yang terhad.
                                                 ii.      Donnelly, Gibson dan Juancerich
·         Pengurusan ialah satu proses yang dilalui oleh satu atau lebih individu untuk menyelaras aktiviti orang lain bagi mencapai keputusan yang tidak boleh dicapai oleh seseorang individu yang bertindak berseorangan.
                                                iii.      Jaafar Muhammad (1988)
·         Merupakan satu proses mengagihkan input-input organisasi(termasuk ekonomi dengan cara perancangan pengorganisasian, pengarahan dan pergerakan bagi tujuan mengeluarkan output (barang dan perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan-pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.
                                               iv.      Takrifan umum
·         Pengurusan umum ditakrifkan sebagai perkara yang berkaitan dengan hal mengurus atau melaksanakan sesuatu aktiviti dengan menggunakan teknik dan kemahiran  tertentu bagi mencapai objektif kerja. Ia merupakan gabungan antara perancangan, pengurusan,pengagihan dan kawalan. Ia juga merupakan penyelarasan kesemua sumber pengeluaran melalui proses supaya matlamat akan tercapai.

Ø  Unsur pengurusan:

a.        Bekerja dengan dan melalui orang lain
                                                   i.      Seorang pengurus biasanya memerlukan bantuan dan kerjasama kakitangan orang bawahan untuk berurusan dengan pihak yang diurus.
b.       Objektif organisasi
                                                   i.      Merupakan matlamat utama dan perlu dicapai dengan cekap dan berkesan.
                                                 ii.      Keberkesanan sesebuah organisasi dinilai melalui pencapaian organisasi.
c.      Keberkesanan melawan kecekapan
                                                   i.      Merujuk kepada pencapaian objektif manakala kecekapan mencerminkan jumlah input atau sumber yang digunakan bagi melaksanakan sesuatu kerja.
d.         Sumber-sumber terhad
                                                   i.      Faktor pengeluaran seperti buruh, modal, dan kegunaan tanah bersifat berkurangan.
                                                 ii.      Oleh itu pengetahuan terhadap ekonomi amat penting untuk mengagihkan sumber terhad supaya dapat digunakan dengan cekap dan optimum.
e.        Suasana yang berubah-ubah
                                                   i.      Yang dimaksudkan ialah aspek fizikal, sosial, maklumat, politik ekonomi, dasar dan moral.

Takrif pengurusan pembinaan
a.       Charted Institude of Building (CIOB-1982)
                                                   i.      Pengurusan, pengawalan dan ordinasi sesuatu projek dari peringkat permulaan hingga penyiapan bagi memenuhi permintaan pelanggan dan memastikan projek tersebut siap mengikut kualiti.
b.         Sidwell
                                                   i.      Merupakan perancangan dan maklumbalas yang perlu bagi melaksanakan sesuatu projek dengan mematuhi kualiti dan kefungsian dalam masa dan kos yang dipersetujui.
c.    Takrufan umum
                                                   i.       Pengurusan pembinaan adalah penyelarasan kumpulan aktiviti pengurusan yang melebihi perkhidmatan atau tugas-tugas lazim bagi seseorang arkitek,jurutera, dan perunding yang berkaitan dengan sumber-sumber pengeluaran, melalui proses supaya matlamat tercapai.



5 sumber (5M)
1.       Money
2.       Manpower
3.       Machinery
4.       Material
5.       Management

Pengurusan pembinaan:
1.       Merancang
2.       Organisasi
3.       Mengarah
4.       Mengawal
Pengurusan Pembinaan memerlukan
1.       Manusia/ sumber
2.       Masa
3.       Matlamat
4.       Wang
5.       Output dan input

Labels:

03/01/2012 AZAM TAHUN BARU

Assalamualaikum..

Bermula nya tahun baru 2012 ni, Kure2 berzan nak jadikan blog kure2 ni sebagai nota maya kure2.. so harap jangan marah kalau tiap2 hari kure2 post pasal sivil je.. hehe.. semoga sekurang kurang nya berguna untuk dibuat rujukan oleh mereka yang belajar awam gak kan.. hehe.. (azam semester 6.. amboi..)

14 September 2011

#3 WORDLESS WEDNESDAY [WW]

Assalamualaikum...
Wahh hari ini hujan sejuknya..
Biasanya masa-masa macam ni best buat ape ye??
Ha tengok ni


haha ape kata?? WW day

Labels: