24 August 2011

#1 WORDLESS WEDNESDAY [WW]

Assalamualaikum.. apa itu WW(klik sini) =)


apa kata??

wasalam

Labels:

22 August 2011

Inilah Kami

Assalamualaikum..
Kure2 dan budak kejuruteraan macam Kure2 ni akan mengalami nasib yang sama..
Apabila seorang engineer mula mengira,
tidak ada apa yang tidak dapat diselesaikannya.
Sebab apa??
sebab kami sudah lali dengan semua soalan kira-kira yang diberi.
Terlalu banyak jalan penyelesaian yang kami belajar. Sampailah jadi macam ni..


p/s: sabar je lah bila jadi budak kejuruteraan ni.. haha

Labels:

pasal milo ais pun boleh jadi gaduh

Assalamualaikum...
Selamat petang semua.
Hari ni Kure2 nak kongsi mengenai semua video ni.
Korang percaya tak kalau Kure2 cakap mereka ni sanggup gaduh hanya kerana
air milo ais dan teh ais, mereka ni sanggup bergaduh..
Kalau korang tak percaya, meh tengok sama-sama..



Haa betul kan?? hahahaha

kredit kepada : faradyable

Labels:

Video Terbaik 2011

Assalamualaikum..
Selamat pagi kepada semua pembaca-pembaca blog Kure2...
Hari ni Kure2 nak kongsi dengan anda semua sebuah video Drift.. 
Bagi Kure2 smart giler la dia buat drift (sebab Kure2 tak pandai buat drift.. hehe).
Kure2 tak nak banyak cerita, jom kita tengok video ini.




Haha apa macam kawan-kawan??
Hebat tak??
Sape ade berani buat macam ni??
hehehe...

p/s: jangan lupe drop ur comment okey.. ehe

Labels:

20 August 2011

Gelak Sampai Pecah Perut

Assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca..
Hari ni Kure2 nak cerita mengenai seorang bekas pemain bola bertukar menjadi seorang 
PRANKer  terkenal.. haha..  
 Sapa yang tak kenal dengan Rémi Gaillard.  
 Pemain bola yang memiliki ketepatan tendangan yang sangat hebat.
Memang hebat gila la bila dia tendang bola. Kalau tak caya boleh tengok dekat bawah ni.



Yang best nya macam mana tah dia boleh bertukar menjadi seorang PRANKer den pun tak tahu la..  
 Semua video-video dia memang terbaik. Sapa-sapa yang sedih pun boleh tergelak bila tengok video dia ni. Ni salah satu video PRANK Remi Gaillard.



Remi Gaillard ni memang hati kering la kan.. haha
p/s: ada sesiapa berani buat macam Remi nie?? haha

Labels:

Lelaki VS Wanita


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca. Harap sihat-sihat sahaja hendaknya. Hari ini Kure2 ingin berkongsi serba sedikit mengenai perbezaan lelaki dan wanita dari segi tanggungan dosa. Mungkin ada sebahagian daripada pembaca-pembaca yang sudah mengetahui mengenai perkara ini. Apa tidaknya, rasa-rasa hampir semua pernah bersekolah agama. Walau bagai manapun, Kure2 merasa terpanggil untuk memberitahu lagi. Lagipun kan memang sudah tanggungjawab Kure2 sebagai Islam menasihati saudara-saudara yang seagama dengan Kure2. Kembali kepada tajuk asal, ada beberapa perbezaan tanggungan dosa antara lelaki dan wanita.
Seorang lelaki yang sudah baligh perlu menanggung dosanya sendiri manakala seorang wanita walaupun sudah baligh, dosanya masih ditanggung oleh Bapanya. Lelaki berkahwin perlu  menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Hukum menjelaskan bahawa, seorang anak lelaki perlu bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya ibunya tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka dosa itu ditanggung oleh anak lelaki terutama yang paling tua. Berbeza pula bagi wanita, mereka hanya perlu taat kepada suaminya. Jika seorang isteri berbuat baik, dia akan mendapat pahalanya, manakala jika mereka melakukan kemungkaran dosa itu akan dikongsi bersama suaminya.  Suami perlu memberi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa.. =P).  Mesti anda semua terutama lelaki merasakan seperti berat sebelah kan.


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu. =)

Bagi wanita auratnya merupakan anggota yang paling sudah untuk dijaga berbanding lelaki. Selain itu, seorang isteri perlulah meminta izin dengan suaminya apabila ingin keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Harta pusaka yang dimiliki juga lebih kurang berbanding lelaki. Selain itu, wanita juga perlu menghadapi kesusahan mengandung selama sembilan bulan 10 hari dan juga kepayahan sisaat melahirkan kita. Itu baru seorang anak, kalau ade 10 anak?? Berapa kali dia terpaksa menempuh perkara yang sama (ada lelaki sanggup nak pikul selama sembilan bulan 10 hari tu??  Tak de nya.. hehe). Seorang wanita juga perlulah taat kepada suami tetapi suami tidak perlu taat kepada isteri. Talak juga terletak ditangan suami dan bukan si isteri.

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi  bagi lelaki wajib baginya taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya .. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata..


MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
Bergitu lah serba sedikit perkongsian dari Kure2. =) Untung kan menjadi manusia dan khalifah di muka bumi ini. Semuanya dipandang mulia oleh Allah tidak kira wanita atau lelaki.. Kure2 sudahi dengan Wasalam..

Labels:

19 August 2011

Segmen 1:: Kartun Kegemaranku Di waktu Baby versi Kure2

cak2 agagagagagagaga
Assalamualaikum...
Selamat malam semua Blogger2 yang hebat-hebat belaka ni.
Hari ni Kure2 nak join Segmen yang telah diilhamkan oleh Cik Aztiqah atau
didalam Muka Buku lebih dikenali dengan nama Nyamuk Terbang yang nakal.. lalala..=)

Hah berbalik kepada segmen "Kartun Kegemaran Di Waktu Baby" ni, Kure2 ade la
beberapa kartun yang paling Kure2 suke mase zaman kanak-kanak dulu. Kejap-kejap transpom dulu kezaman kanak-kanak.. zappp.. Baiklah Kure2 sambung pasal kartun ni. Antara kartun-kartun yang digemari adalah:

Popeyes
Popeye adalah salah satu cerita kartun yang baik untuk ditonton oleh kanak (mase zaman Kure2 la).
Mana taknya, cerita ni mendidik kanak-kanak supaya makanlah banyak-banyak sayur-sayuran untuk menjadikan badan yang kuat. Bayam! Bayam! haha.. punnnnn punnnnnn.. hehe


Dragon Ball
Ha ni cerita Dragon Ball pertama. Masa ni Suzikon atau Goku masih kecik lagi. Masa kecik Goku ni memang dipanggil Suzikon..Kure2 tengok sampai habis.. hehe..

Dragon Ball Z
Ha ni bila Goku dah besar. Masa ni nama Suzikon dah tak digunakan lagi (jarang la). Dia banyak guna nama Goku. Mungkin sebab lebih nampah hebat kot.. hehe

Dragon Ball GT
Pastu Kure2 sambung tengok Dragon Ball GT. Ha ni la Dragon Ball yang paling Kure2 suke.. hehe..

Sebenarnya ada banyak lagi kartun yang Kure2 suka, tapi malas la nak cerita semua. Kalau cita gak nanti takut Nyamuk Terbang bosan lak.. hehe..

Errr err baik lah da abis cerita.. jom transpom kezaman muda remaja kembali.. zapppp.. cewah.. cak2.. kompem Nyamuk Terbang terkejut.. haha..
okey bye (tredmark Nyamuk Terbang)

Labels:

17 August 2011

First Giveway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia versi Kure2

Assalamualaikum.....
Salam Sejahtera dan selamat malam semua.

Hari ini Kure2 rasa terpanggil pulak nak join Giveway. 
Giveway kali ni kepunyaan Tengkunizam dengan kerjasama Rakan Blogger Klik1Malaysia.
Siapa Tengkunizam?? haha..
Anda boleh berkenalan dengan dia di:
Muka Buku( ceh macam tajuk lagu Najwa pulak =P.. haha) miliknya.
Siapa pula Rakan Blogger Klik1Malaysia??
Haa anda boleh mengetahui siapa mereka di
sini(blog)
dan sini(group Muka Buku).

Hah kembali kepada tajuk asal seperti yang tertulis diatas,
giveway ni meminta Kure menampal gambar ini
Macam ini (macam ni kan abang Tengkinizam.. hehe).

Sekali pandang nampak comey pulak DOODLE ni,
dua kali pandang, perhh memang sah sangat comey DOODLE ni.. haha..
Last skali nak promosi gak, Kepada sesiapa yang nak join giveway ni jom la join.
Hadiah dari penaja-penaja hebat-hebat belaka..
Tapi fokus utama sebenarnya bukan untuk hadiah, tapi untuk menunjukkan semangat 1 Malaysia dan Semangat Kemerdekaan yang ada didalam diri setiap blogger tu..
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! (ewah. haha)


p/s: jom  Chik Pasir Berdengung  join ni.. hehe

Labels:

15 August 2011

Kami Sanggup Buat Apa Sahaja Demi Cinta.. Kure2 tidak percaya..

Assalamualaikum kepada semua sahabat Kure2. 
Kami sanggup buat apa sahaja demi cinta?? wah hebat remaja sekarang kan. Banyak perkara-perkara mungkar dilakukan. banyak insan yang tidak berdosa dibunuh.. Jom ramai-ramai saksikan video ini. Kepada yang tidak kuat semangat boleh tutup sebab video ini 18SG.. Saksikan:














Hukum Pengguguran Janin Anak Luar Nikah
  1. Pendapat ulama terdahulu:
a. Mazhab Maliki
  • Penguguran adalah diharamkan jika dilakukan selepas ditiupkan roh ke atas janin tersebut.
  • Berdasarkan pendapat al-Imam Khurasyi dan lain-lain ulama Malikiyah mengharamkan secara mutlak pengguguran janin walaupun sebelum 40 hari yang pertama di dalam rahim.Inilah pendapat muktamad di dalam mazhab Maliki.

b. Mazhab Syafei
  • Para ulama bermazhab Syafei bersepakat mengatakan bahawa pengguguran adalah diharamkan jika dilakukan selepas ditiupkan roh ke atas janin tersebut.
  • Manakala jika sebelum ditiupkan roh sebahagian ulama Syafieyah membenarkan pengguguran dilakukan.Ini berdasarkan pendapat Imam Qarafi.Imam al-Ghazali juga membahaskan tentang perkara ini tetapi tidak menjelaskan sama ada ianya haram atau tidak.
  • Imam al-Ramli dan Syeikh Sulaiman Jamal mengatakan harus dilakukan pengguguran jika sebelum ditiupkan roh.Manakala Imam Subki meletakkan bahawa harus digugurkan jika janin yang berada di dalam rahim tersebut belum melebihi 80 hari.
2.  Pendapat Ulama Semasa:
Menurut Dr. Misbah Mutawalli Sayyid Hammad(pensyarah Fiqh Perbandingan Universiti Al-Azhar):Tidak terdapat seorang pun di kalangan ulama semasa yang bersetuju bahawa janin anak zina dibenarkan untuk dilakukan pengguguran.Antara ulama yang berpendapat sedemikian adalah seperti Dr.Abdul Fattah Idris dan Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti.Bahkan mereka menegaskan bahawa sepatutnya para ulama melarang perkara seperti ini berlaku.
Di antara doktor perubatan yang menyokong pendapat ini ialah Dr. Hassan Huthut dan Dr. Muhammad Ali al-Bar.
Antara dalil yang digunakan oleh para ulama yang mengharamkan perkara ini ialah:
i. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Najm ayat 38,maksudnya:
Bahawasanya seseorang yang berdosa tidak akan menanggung dosa orang lain
Ayat ini menerangkan bahawa seseorang itu tidak akan menanggung dosa perbuatan orang lain.Menurut Dr.Muhammad Said Ramadhan al-Buti:”Kita mengetahui dengan jelas bahawa tujuan sebenar pengguguran ini dilakukan oleh penzina adalah semata-mata untuk mengelakkan dirinya dicemuh masyarakat terhadap dosa yang dilakukan olehnya”
Maka ini jelas menunjukkan bahawa perkara ini diharamkan.Seolah-olah janin yang tidak bersalah tersebut turut terlibat sama di dalam dosa yang dilakukan oleh penzina terbabit.
ii. Berdasarkan hadis wanita yang berzina pada zaman baginda nabi s.a.w.Hadis tersebut diriwayatkan di dalam Sahih Muslim pada bab hukuman zina.Kesimpulan yang dapat kita ambil daripada hadis ini ialah jika benar pengguguran janin anak zina dibenarkan oleh syarak,maka tentulah banginda nabi s.a.w. akan mengarahkan wanita tersebut untuk menggugurkan kandungannya.Hadis tersebut juga menjelaskan bahawa wajib menjaga kandungan tersebut sehingga dilahirkan dan disusukan selama 2 tahun.
Kesimpulan:
Kesimpulan yang dapat kita lakukan berdasarkan dua pendapat di atas ialah haram melakukan pengguguran terhadap anak luar nikah.Dalil-dalil yang digunakan oleh para ulama semasa lebih jelas dan kuat berkenaan pengharaman perkara ini.Maka para pengamal perubatan perlu mengambil perhatian tentang perkara ini.

sumber Hukum Pengguguran Janin Anak Luar Nikah:  http://drmarzuki.wordpress.com/

Labels:

13 August 2011

Saya Mahu Join Beloglist Cik Wunny versi Kure2

Assalamualaikum semua Blogger-blogger. 
Hari ini hari apa yer?? 
owh hari Sabtu =.=" .. 
Aduh malasnya nak bangun awal-awal hari ini.. Tapi alang-alang dah terbangun awal ni(awal ke?? tengok jam da dak pukul 11 pagi ni..) sayang pulak nak tidur balik. 
Jadi apa lagi, Kure2 dengan penuh semangat hidupkan "lapy". Benda pertama yang Kure2 buat mestilah online(ape lagi kan.haha) bukan apa, nak cari bahan untuk blog hari ni. 
Buka je facebook tengok-tengok ada orang hantar "notification", sapa ada wat contest or giveaway?? Kure2 semak punya semak, nampak satu segmen yang best ni.. Segmen ni dipunyai oleh Cik Wunny. Haaa dah jumpa bahan untuk blog kure2.. yehh.. 

Segmen ini mengenai apa?? Pasal warna?? hamboi best2.. eke
=)Warna kegemaran kure2 adalah BLACK(hitam).. Tengok blog Kure2  BLACK, penyanyi kegemaran pun BLACK, ape lagi?? ha baju-baju pun banyak BLACK.... hehe
erkk jap ada lagi lah.. Owh Cik Wunny suruh terangkan pasal serba sedikit mengenai rumah Kure2 nie ea.. baiklah
=)Rumah Kure2 ni hanyalah sebuah rumah usang yang dah lama tidak dikemaskini. Kesian kan. (*__*). Rumah Kure2 sekarang bertemakan kemerdekaan. Ye la kan sekarang kita berada dalam bulan Kemerdekaan( tengok Kure2 pun ada semangat kemerdekaan tau.. ehhe) Kure2 rasa itu je kot penerangan dari Kure2 untuk rumah Kure2 yang usang ini..Kalau cerita panjang-panjang ni mau seminggu mulut berbuih keluar huruf. hehe.. 
wasalam..

p/s: blog agak berat sebab kure2 tak tau ape sebab dia.. hehe..

Labels:

11 August 2011

Kelebihan berbuka Dengan Kurma


Assalamualaikum sahabat semua. Hari ini kure2 ingiin berkongsi kelebihan berbuka puasa dimulakan dengan memakan kurma.

Islam menganjurkan umatnya berbuka dengan buah tamar dan air. Selain sedap dimakan, ia menyalurkan tenaga dengan cepat kepada tubuh badan.

Keadaan orang yang berpuasa sangat memerlukan gula yang mudah dicerna untuk menghilangkan rasa lapar.Nutrisi yang paling cepat dicerna dan sampai ke darah merupakan makanan yang mengandungi satu atau dua zat gula iaitu glukosa dan sukrosa. Zat gula mampu diserap oleh tubuh dalam masa yang amat singkat. Justeru, makanan yang paling sesuai dimakan ialah buah tamar atau kurma kerana ia memenuhi keperluan di atas.

Berbuka puasa dengan kurma sangat bertepatan dengan sunnah rasulullah s.a.w. Ia boleh dilihat melalui anjuran rasulullah agar umatnya berbuka puasa dengan buah kurma melalui hadis di bawah:

“Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci.”
 
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Jadi marilah semua sahabat-sahabat kita berbuka dengan memakan kurma.

Labels:

10 August 2011

[Kenali Tokoh Kita] Tok Janggut


Jenazah Tok Janggut



Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut.Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:
  • cukai tanah
  • cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
  • cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
  • kelapa sebanyak 3 sen setandan
  • sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur Kelantan secara turun temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga tidak menyenangkan Sultan.
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.
Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan dalam membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang (Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II (Tengku Petra Dalam Kebun) Tengku Abdul Ja'far sebelumnya memakai gelaran Tengku Temenggong Kelantan dan melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta Kelantan.
Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.


Labels:

09 August 2011

[Kenali Tokoh Kita] Dato Onn Jaafar

Assalamualaikum kepada semua sahabat blogger sekalian. Hari ini Kure2 ingin berkongsi serba sedikit mengenai sejarah. Hari ini Kure2 akan berkongsi serba sedikit mengenai Dato Onn Jaafar( biase la kan Kure2 dulu blajar dekat SMK Dato Onn, so cmfm la Kure2 cerita mengenai dia dulu.. ehehe).

Dato Onn Jaafar dilahirkan pada tanggal 12 Februari 1895. Beliau merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 oktober 1946 tetapi tiga tahun kemudian, beliau meletak jawatan untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.

Beliau merupakan anak jati Negeri Johor. Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru. Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad iaitu Menteri Besar Johor yang pertama. Beliau merupakan salah seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannyadi England. Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun. Pada 1934, beliau menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.
Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNOPersekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu. berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan

Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.

Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959
dengan bantuan parti PAS.
Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari1962Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. dan dikebumikan di

Bergitulah serba sedikit kisah mengenai seorang tokoh kebangsaan yang sehingga kini tetap dikenang walaupun setelah ketiadaannya lagi.. Dengan semangat juang ini jugalah yang membawa kita kepada kemerdekaan pada masa sekarang. Semoga rohnya dicucuhi rahmat. Amin.................

Labels:

JOM HEBOH BLOG BARU !!

assalamualaikum kepada semua blogger2. macam biasa lah pagi-pagi sebelum pergi kuliah Kure2 akan buka facebook dan blog kure2(yang dah lama tertinggal ) hehe.. Lepas tu Kure2 ternampak satu segmen seorang blogger. Tajuk segmen dia "[Segmen Bangku Kosong] Jom Heboh Blog Baru". Jadi Kure2 pun terpanggil lah untuk menyertai segmen ini.. Dia suruh letakkan gambar ini macam ni


Ha dah siap.. hehe.. kepada yang nak  join leh pergi usha kat blog tu.. link dia ada di sini

Labels:

07 August 2011

Surat Cinta Untuk Si Dia

Assalamualaikum…………

Dengan nama Allah Tuhan yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang tiada jua dapat kutahan geloranya jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku.

Buat kekasih…
Saat aku tuliskan surat ini buatmu, betapa hatiku sentiasa sarat dengan rindumu. Rindu yang mendambakan kasihku padamu. Hatiku penuh dengan cintamu dan tidak bisa dimasuki oleh kasih yang lain. Hanya kasihmu yang aku miliki, yang menceriakan kehidupanku walaupun kadang­kadang aku tersasar oleh kerana mabuk kerinduan.

Kekasih…..
Ingin aku katakan padamu bahawa aku tidak menduakan kasihmu. Aku tidak menduakan cintamu kerana hatiku telah dirimu miliki. Bagaimana aku bisa mengisinya dengan sesuatu yang lain sedangkan ia berada disampingmu. Janganlah dirimu sangsi dengan kesetiaanku, kerana aku telah membina benteng yang tinggi agar cintamu yang kumiliki tidak terlepas keluar dari sempadan hati dan menghalang sebarang cinta dari luar untuk menerobosi jiwaku.

Kekasih…..
Cintamu adalah antara yang terutama dalam senarai cintaku. Pertama cinta Tuhan dan rasul, kedua cinta keluargaku dan ketiga adalah cintamu. Aku jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah Tuhan benar­benar menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun aku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari kemudian.

Kekasih….
Tiadalah sebaik kata­kata yang mampu aku tuliskan dalam surat cintaku ini melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini hanya dirimu yang memiliki hatiku ini. Aku bahagia begini dan aku ingin terus begini bersamamu. Aku bermohon pada Tuhan semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya padaNyalah aku berharap.

Kekasih….
Cinta dan rindumu adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat dirimu tiada disisiku.


Ikhlas ditujukan hanya untuk Hazlinda binti Salim pemilik hati Kure2..

kredit kepada Seruling Senja

Labels: